Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan Program Sahabat Komuniti Desa (SKOD) di 182 kawasan Parlimen yang berada di luar bandar bermula tahun ini.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, program di bawah penyelarasan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu dilaksanakan bagi menggerakkan aktiviti sukarelawan di luar bandar.